Pemergian Liana Afiera Malik
Beliau kemudiannya dikebumikan di Cangkat Petai, Perak keesokan harinya jam 10.00am. Kematiannya seperti yang telah dimaklumkan oleh suami beliau adalah akibat terjatuh di depan bilik air dan sudah lama menghidap penyakit tirod. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar dan begitu bermakna dalam dunia penulisan.
Liana Afiera Malik merupakan seorang penulis yang profilik dan begitu berbakat. Beliau menjadi inspirasi kepada penulis-penulis muda yang lain agar menjadikan bidang penulisan sebagai pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Beliau berjaya membuktikan bahawa angan-angan penulis boleh mendatangkan pendapatan tahunan yang lumayan.
Bermula dari bawah, berkat dengan kegigihan dan sikap dedikasi beliau selama ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah novel dalam usia yang masih muda.
Novel Bukan Puteri Lindungan Bulan telah menempa sejarahnya yang tersendiri di industri perbukuan CESB. Novel yang paling tebal setakat ini dengan ketebalan 1211 halaman telah dilancarkan di Johor Bahru pada 14 Februari 2002, diikuti pelancaran rasminya di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2002. Seterusnya novel ini telah dilancarkan di beberapa buah bandar utama di seluruh negara menerusi program Roadshow BPLB yang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini di Malaysia.
Novel-novel beliau yang lain yang turut diterbitkan di bawah naungan CESB ialah:
- -Memori
- -Kasih Antara Musim
- -Inginku Sandarkan Harapan
- -Assyida
- -Yoyo 1-5
- -Promise!
- -Dan... Mimpi Pun Berguguran
- -Janji Assila
- -Kompilasi Yoyo 1-3 : Eh! Iye Ke Ni?
- -Kombinasi Yoyo 4-6 : 1, 2, 3... I Love You!
- -Kombinasi Yoyo 7-9 : Jealous La Pulak!
- -Kompilasi Memori
Setiap yang akan datang akan pergi dan setiap yang pergi tak akan kembali. Tanpa kita sedari semua itu akan kita lalui. Walaupun kita tidak tahu bila masa itu akan tiba untuk menjemput kita, namun, kita selalu diingatkan agar selalu berdoa dan berserah kepada-Nya. Ucapan takziah warga CESB ucapkan kepada keluarga arwah Liana. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah...
