Archive for July 2008

Jul302008

Terbaru Julai 2008

Comments Off

Cahaya Di Hujung Nyawa - Maizura Mohd Ederis

TIARA hanya ingin disayangi dan meraih cinta daripada lelaki yang mahukannya, bukan harta ibu bapanya dan Hud adalah lelaki yang tepat. Namun, perjuangan Tiara bersama Hud untuk hidup bersama tidak semudah yang disangka kerana ada banyak ranjau berduri yang mereka perlu tempuhi.

Berbekalkan hati yang cekal, kedua-duanya nekad menempuh gerbang perkahwinan tanpa restu orang tua. Tanpa disangka, tiba-tiba jarak menjadi pemisah dan Tiara jauh terasing di bumi Inggeris manakala Hud gigih berjuang untuk mendapatkan hak di sisi Tiara. Cinta, seakan tiada kesampaian namun berkat doa dan reda terhadap apa yang berlaku, Hud sanggup menggadai nyawa demi Tiara yang tiada dua… benar madah pujangga, lautan luas sanggup direnangi dan Hudlah lelaki itu, terapung di belantara cinta yang tiada penghujung…

RM 22.90 [Dapatkan Sekarang]

Setulus Cinta - Siti Farrah Shahwir

Perhubungan yang istimewa terjalin antara Ain dan Zam, jiran yang dikenali sejak kecil. Zam dianggap sebagai seorang abang dan sahabat baik bagi Ain. Kekecewaan dalam percintaan membuatkan Zam akhirnya jatuh hati kepada Ain. Hadirnya Hadi terlebih dahulu dalam hidup Ain memberi satu halangan kepada Zam. Azim, kawan sekuliah yang popular turut menaruh hati terhadap Ain.

Masalah yang menimpa pada Hadi menyebabkan Ain berkorban dengan mengahwininya. Namun,  hatinya dikecewakan dengan cinta Hadi yang tidak tulus. Ain diceraikan dan dikahwinkan dengan Zam yang direstui oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Adakah akan ada bahagia meniti dalam hidup Ain? Adakah Zam tulus mencintainya?

RM 19.90 [Dapatkan Sekarang]

Jul302008

Gila-Gila 690 Di Pasaran

Comments Off

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Dapatkan sekarang di kedai buku dan majalah berhampiran. Nak lebih senang lagi? Langgan secara terus dengan kami dan dapatkan diskaun 30%!!.

Jul232008

Pameran² Creative Jul - Ogos!!

Comments Off
  1. R & R TAPAH (kedua-dua hala) = 25 - 27 Jul
  2. GIANT PLENTONG = 25Jul - 10 Ogos
  3. PESTA BUKU SELANGOR = 25Jul - 3Ogos
  4. R & R TEMERLOH (kedua-dua hala) = 26 - 27 Jul
  5. PESTA BUKU MALAYSIA = 31Jul - 3Ogos
  6. GIANT KUANTAN = 24 - 30 Ogos
  7. R & R TEMERLOH & GAMBANG = 29 - 31 Ogos
  8. R & R TAPAH = 29 Ogos - 1 Sept

DAPATKAN DISKAUN HEBAT - SEHINGGA 60% !!! KARIKATUR !! DAN MCM2 LAGI!!! JANGAN KETINGGALAN!

Jul232008

Kami Menerima Segalanya!

Comments Off

Kini Kami Menerima Semuanya!

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa laman belian online kami kini menerima lebih dari Maybank2u!!! Bukan itu sahaja, kami juga menerima pembayaran klasik, seperti kiriman wang pos, cek, bank in dan lain2. Jadi apa lagi yang anda tunggu? Lengkapkan koleksi novel @ kartun anda sekarang!

Bayaran yang kami terima:

  • Bank In, Cek Atau Kiriman Wang Pos
  • Maybank2u.com
  • CIMB Click
  • PosPay
  • Mobile Money
  • FPX
  • Hong Leong Bank Transfer
  • RHB Bank(online)
  • Alliance Online Transfer
  • Credit Card(Visa & Mastercard)
  • AMBank
  • Webcash

Terima kasih kepada ipay88

Jul172008

Serlahkan Bakat Anda!

Comments Off

Adakah anda mempunyai bakat melukis kartun? Jika anda mempunyai ’sense of humour’, berbakat dan mampu melukis dengan baik dan tiada unsur-unsur / tidak terikut dengan kartun dari Barat dan juga Jepun ( cth: manga & marvel ) - kami mahukan karya anda!

Majalah Gila-Gila ingin mencari bakat baru dengan segera dimana kami bakal memperuntukkan beberapa slot untuk kartunis baru bagi menceriakan lagi Gila-Gila. Mungkin anda tak berapa pasti sama ada anda berkebolehan atau tidak? Jangan malu atau risau, hantarkannya kepada kami dan biar kami menilainya! Mana tahu, mungkin anda orang yg kami cari!

Alamatkan penyertaan anda lengkap dengan maklumat peribadi ke:

Gila-Gila
Creative Enterprise Sdn Bhd,
38-1, Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur.

Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang kemusykilan. Terima kasih!