Archive for August 2008

Aug212008

Terbaru Ogos 2008

Comments Off

Cinta Pertama - Haslinda Ismail

NISHA… dalam dilema kerana dianak tirikan oleh ibunya sendiri tanpa sekelumit kasih sayang. Melarikan diri adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan diri pada ibunya. Dalam kegetiran dia belajar sebagai pelajar jarak jauh dan juga bekerja keras demi mencari wang untuk perbelanjaan dirinya, dia terpaksa berhadapan dengan peristiwa yang tidak pernah disangka-sangka. Dia terpaksa berkahwin dengan       lelaki yang bukan pilihan hatinya kerana salah faham. Walaupun perkahwinannya tanpa dirancang tetapi dengan kehadiran lelaki yang bernama sang suami membuatkan dirinya bahagia kerana itulah cinta pertamanya.
Dalam membina kebahagiaan rumah tangganya dia berhadapan pula dengan  bekas isteri suaminya, kerana salah faham dia juga telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya tanpa mengetahui bahawa dia sedang mengandung dan juga menghidap kanser rahim. Demi kasih sayang pada suaminya Irwan, Nisha juga merahsiakan penyakitnya dan ingin melahirkan anaknya walaupun dia tahu dirinya kini dalam bahaya. Adakah Nisha dapat mengembalikan cinta suaminya? Mampukah Irwan menghadapi saat-saat isterinya yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya?

RM 23.90 [Dapatkan Sekarang]

Jauh Di Sudut Hati - Norhazriana Abdullah

CINTA Najiha pada Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan namun kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha.
Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagi yang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit antara keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidupan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?

RM 27.90 [Dapatkan Sekarang]

Aug212008

Cabutan Bertuah Creative Club!!

Comments Off

Bagi anda yang belum lagi mendaftar sebagai ahli, kami sarankan anda daftar a.s.a.p!

Kenapa?? sebab bukan saja anda dpt diskaun extra semasa membeli produk kami… anda juga berpeluang memenangi cabutan bertuah yg kami jalankan khas buat ahli Creative Club! Cabutan bertuah akan dijalankan setiap bulan dimana dua novel terbaru pada bulan tersebut akan diberikan! dua pemenang akan menerima salah satu daripada dua novel terbaru kami.

Ahli Creative Club yang bertuah pada bulan ini adalah…………………. jeng jeng jeng!!!

CC1001 - NAZLIAH HANIM YUSOF

CC492 -YUSNIZA MD YUNOS

TAHNIAH! DAN SELAMAT MEMBACA!

sebarang pertanyaan - sila emelkan kpd club@cesb.net.my

Aug72008

Perpustakaan Terbuka

Comments Off

Kepada semua peminat-peminat produk kami, anda boleh membantu kami dengan bersama² mengisi maklumat kegemaran anda di Open Library. Cara termudah untuk mencari buku anda! Walaupun masih dalam beta, saya berkeyakinan yang servis diberikan oleh kumpulan ini boleh membantu peminat2 lain mendalami dan mencari bahan bacaan. Servis ini percuma dan berdasarkan prinsip sumber terbuka yang sangat flexible. Sesiapa pun boleh mengubah, mengguna dan menyebarkan.

p/s- K’ sangat menghormati prinsip Open Source seperti ini.

Aug62008

Gambar Pesta Buku Malaysia 2008

Comments Off

Terima kasih kepada semua pengunjung Pesta Buku Malaysia 2008, kami sangat gembira bertemu anda semua dan inilah gambar2 yang telah kami rakamkan.

Aug52008

Jiwa Tempatan!

Comments Off

Meminati Gila-Gila? Mahu mendalami sejarah 30 tahun kami dan bagaimana kami membesar seiring dengan kemajuan seni lukis negara? Terdapat banyak hasil tulisan rakan2 kita diluar sana yang sentiasa mengekori jejak langkah kami. Terima kasih diucapkan dan kepada peminat lain, jangan lupa untuk mengunjungi laman mereka untuk mendapatkan pendapat pihak ketiga. Dan jika anda terjumpa blog lain yang layak dikongsi di sini, hubungi kami dan kami berbesar hati untuk berkongsi.

Dari laman ini:

GILA-GILA merupakan satu-satunya majalah kartun yang masih utuh dengan kartun gaya kemelayuan/ keMalaysiaan berbanding majalah kartun lain yang kebanyakkannya sudah taksub dengan gaya asing.

Layari http://jiwatempatan.blogspot.com/

Komen K’: Disebalik segala teknologi, bahan bacaan asing, internet dan media asing, bukankah kita masih makan meggunakan tangan kanan? Bukankan kita masih bersantai di rumah memakai kain pelikat? Bukankah kita masih mencari teh tarik sedangkan Latte’ dan Ice Blended Coffee Bersepah di sana sini?

ps- k tgh mengumpul gambar2 untuk diberikan sebagai ‘Kit Penulis Blog’.