Archive for October 2008

Oct282008

Gila-Gila Bumper Raya! RM4 + free postage!

Comments Off

Dapatkan majalah Gila-Gila Bumper Raya (Keluaran Oktober) dengan hanya RM4.00!!! Kos pos sebanyak RM1.50 juga tidak akan dikenakan! Harga asal ialah RM5.90. Stok adalah terhad! Eksklusif bagi pembelian di Malaysia sahaja!

Untuk mendapatkannya, sila lawati laman belian online kami atau hubungi kami di talian 03-22824970, atau emel kami di admin@cesb.net.my.

Oct222008

Terbaru Oktober 2008

Comments Off

Dia Di Hatimu - Rohayu Mohd Tajuddin

Benarkah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita rela membiarkan diri ini terus disakiti. Lantaran itu, Salmah rela dirinya ketandusan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Dia rela demi sebuah cinta yang tak pernah bosan untuk memaafkan. Dia rela demi sebuah ikatan yang dinamakan perkahwinan. Namun sampai bila dia boleh bertahan? Kasih, sayang dan cintanya bukan untuk diperkotak-katikkan, bukan gelanggang permainan untuk ditendang terajang. Dia wanita yang berperasaan… lain jika syurganya bukan terletak pada lelaki durjana itu, dia rela dilepaskan… dia rela tidak dimiliki walau jiwanya meronta-ronta untuk disayangi.

Cintanya Kian Membara - Diya Elora

Malam pertama kita yang sepatutnya menjadi sejarah indah, kau musnahkan dengan talak yang mengkiamatkan seluruh kehidupan seorang isteri. Lalu, cara mana harus aku berdepan dengan kenyataan yang kau lemparkan ini. Sedang kamar pengantin kita masih diharum bunga mawar yang menjadi saksi perpisahan. Dan air mata malam pengantin menjadi bukti bahawa perkahwinan tanpa cinta tak bisa membuat aku bahagia. Menjadikan aku isteri yang lara dan terseksa.
Suami.
Andai ini suratan yang harus kuterima, aku rela. aku tega ditinggal pergi. Namun andai semua ini lakonan semata demi menutup sebuah penderitaan yang bertahun engkau sembunyikan. aku rela kasih sayang ini dipertaruhkan walau sekejap cuma, demimu. demi cinta yang tidak pernah kau tahu.

Oct212008

PEMENANG CABUTAN BERTUAH AHLI CREATIVE CLUB!

Comments Off

Untuk bulan Oktober, seperti biasa, ada dua lagi pemenang bertuah yang bakal menerima sebuah novel terbaru terbitan CESB. 2 tajuk tersebut ialah - CINTANYA KIAN MEMBARA, karya Diya Elora & DIA DI HATIMU, karya Rohayu Mohd Tajuddin.

Jadi, siapakah pemenangnya????? Semestinya anda, ahli2 Creative Club nervous kan??? So, tanpa berdolak dalih lagi… pemenang bertuah bulan ini ialah…………..

CC985 - HALIAMAH ISMAIL, SUBANG JAYA

CC1999 - NOOR AZALINA SULAIMAN, PJ

TAHNIAH! Anda bakal menerima sebuah novel kami dalam masa terdekat. Bagi anda yang jealous sebab tak dapat novel free, sila2 la daftar/renew sebagai ahli Creative Club kerana cabutan bertuah ni eksklusif buat ahli CC je. Dan sebagai tips, rajin2 la beli secara online!

Apapun, bagi yang ahli2 yang lain, jangan risau… ada banyak lagi cabutan bertuah menanti anda!

Oct162008

Pencarian Artist Grafik

Comments Off

Kami sedang mencari artist grafik sepenuh masa dengan SEGERA untuk menyertai warga CESB. Inilah peluang anda untuk bersama-sama kami membangunkan industri humor tanahair melalui Gila-Gila dan (mungkin ;D )Fantasi. Kepada mereka yang berminat, hantarkan resume dan portfolio anda ke admin@cesb.net.my

  • Diploma @ Degree dalam bidang berkenaan.
  • Berpengalaman menggunakan Adobe Creative Suite 2.
  • Boleh atau mahu belajar menggunakan InDesign.
  • Boleh bekerja lebih masa.
  • Perfectionist.

Alamat laman web seperti DeviantArt atau galeri online anda bukannya portfolio. Pilih hasil kerja yang anda yakin, dan kepilkan bersama emel anda.

Kami juga sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjaga gerai² promosi kami secara part-time.