Archive for November 2008

Nov262008

CABUTAN BERTUAH AHLI CC!!!

Comments Off

Ya, seperti biasa, upacara gilang gemilang CESB, iaitu cabutan bertuah bagi ahli Creative Club akan diadakan dalam masa terdekat. Oleh itu, bagi mereka yang telah tamat tempoh keahliannya, sila-silalah renew. Begitu juga dengan mereka yang masih belum mendaftar, daftar la cepat2!

2 ahli bertuah akan menerima sebuah novel terbaru secara percuma!!!! Betul! kos postage pun takde! :D

novelnya adalah seperti berikut!

-Pelangi Di Ufuk Senja RM25.90 Azyuni Melza

-Ingin Kutatap Wajahmu RM23.90 Nora Miza

P/S - Tips : ahli yang rajin membeli online lebih tinggi kebarangkalian utk terpilih!!! Semoga Berjaya!

Nov252008

Kemeriahan Di RnR Tapah

Comments Off
Nov242008

Terbaru November 2008

Comments Off

Pelangi Di Ufuk Senja - Ayuni Melza


Kekuatan hati ini entah di mana letaknya. Entah dibawa angin lalu… entah lenyap ditelan waktu… entah hilang membisu di balik awam. Tika ini, seluruh ruang kehidupan bagai hilang arah… sesat tujuan… salah haluan. Payah kiranya mencari kesempurnaan. Apatah lagi tatkala kekasih hati tiba-tiba menjauhkan diri. Saat dihimpit pilu… lalu apa lagi yang tinggal selain daripada keluhan dan kedukaan.
Namun Kamal sedar, keluhan dan kedukaan tidak mampu mengubah apa-apa. Keluarga memerlukan semangatnya bagi mengubah nasib mereka, mengangkat kepada satu kehidupan yang lebih berharga. Bukankah kerana kemiskinan mereka dipandang hina… menjadi bahan umpatan dan kejian manusia-manusia yang tidak berperasaan. Lalu di perosok mana harus dilontarkan semua derita ini?
Namun Kamal percaya… rezeki ini milik Tuhan. Hak-Nya untuk menentukan jatuh bangun sebuah kehidupan. Lalu dia terima dan bersyukur jika inilah rezeki dan kehidupannya.

Ingin Kutatap Wajahmu - Nora Miza

Tidak pernah sesekali aku lupakan ‘kenangan’ itu. Tidak pernah walau sekalipun aku mampu lupakannya. Ya… kenangan kejam yang telah merobek seluruh kehidupan, memusnahkan impian dan harapan yang pernah kita impikan bersama. Impian dan harapan yang akhirnya engkau musnahkan bersama nafsumu yang kejam.

Lalu Adiba itu menjadi buktinya… milikmu yang lahir tanpa izinku. Namun naluri keibuan tidak pernah sesekali mengizinkan aku untuk membencinya. Dia tidak berdosa. Dia lahir daripada kerakusan manusia durjana. Satu anugerah Tuhan yang akan aku sayangi dan miliki walau hanya dari jauh.

Hari ini… ibu kembali padamu Adiba. Kembali bersama derita yang bertahun telah ibu sembunyikan. Kembali bersama kasih sayang yang sekian lama ibu pendam. Keranamu Adiba… ibu ingin kau tahu… bahawa tidak pernah walau sekalipun ibu melupamu. Jarak beribu batu hanya sekadar pemisah. Sedang hati ibu hanya ada namamu sayangku…

Nov112008

Potensi Karya Kartun Terbitan CESB

Comments Off

artikel dpd surat khabar

Semoga artikel ini dapat membuka mata banyak pihak yang masih tidak yakin akan potensi karya kartun dan komik Malaysia secara amnya, dan karya CESB secara khususnya. Terima kasih kpd En Zainuri yg sudi mengetengahkan isu ini.