Archive for January 2009

Jan202009

Terbaru Januari 2009

Comments Off

Biarlah Rahsia - Rosliza Razali


Izzah
Jika pungguk kesepian karena rindukan sang rembulan… aku pula dilanda sepi karena rindukan sang arjuna yang telah ditawan hatinya. Lantas salam yang dihulur bersambut sayang walau telah kutahu hubungan ini tak mungkin ke mana-mana. Zaki, kau seharusnya tahu yang dia lebih berhak, biarlah aku mengalah.
Zaki
Izzah… sejak mengenalimu aku berada di antara dua persimpangan sama ada harus meneruskan hubungan ini atau mempertahankan mahligai kasih kami yang telah lama tersergam. Namun setelah kau pergi, hati ini dilanda penderitaan… derita karena tak dapat memiliki ketulusan cintamu. Atas nama cinta akan kucuba menjadikan anyaman mimpi kita sebagai suatu kenyataan. Bersabarlah sayangku…

Tengku Azhar
Maafkan abang Izzah karena menduakan kasihmu. Abang tak cukup kuat dalam mempertahankan mahligai kasih kita bilamana sekeping hati menjadi taruhan atas budi yang ditabur. Andai sayang pergi jua dari hidup abang, abang terpaksa merelakannya….

Sonata Kasihku - Siti Hazneza Abdul Hamid


Aku ibarat kuda yang patah kakinya… berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan… demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi… izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali.
Di sebalik sonata kasihku… aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik… akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.

Jan162009

Drama Aku Budak Minang

Comments Off

Video, gambar dan informasi terkini untuk drama Aku Budak Minang!

[Klik sini untuk menonton video]

Sedutan dari Harian Metro:

Justeru, ABM yang juga drama 13 episod itu menggunakan sebahagian besar latar belakang perkampungan di Negeri Sembilan, selain loghat negeri itu dijangka mampu menarik perhatian ramai peminat kerana memiliki kekuatan tersendiri berdasarkan cerita dalam komik yang sangat popular sedikit masa dahulu. 

Ketika ditemui di lokasi pengambaran drama ABM di Kampung Kok Talang, Kuala Pilah, baru-baru ini, penerbit drama ini dari Niscam Media Sdn Bhd, Adam Mat berkata, ABM menampilkan banyak kelainan berbanding drama yang diterbitkannya sebelum ini.

“Kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita dan kisah yang dipaparkan berasaskan komik karya penulis prolifik, Ujang dari Creative Enterprise.

“Pada awalnya, sukar juga kami untuk mendapatkan satu skrip mantap yang memaparkan kisah masyarakat di Negeri Sembilan tetapi selepas berbincang dengan Ujang, penulis berkenaan bersetuju kami mengangkat komik itu sebagai drama dengan mengguna pakai hampir 98 peratus berasaskan penceritaan yang dipaparkan dalam komik itu.

“Saya yakin ABM menerusi pelakon berpengalaman seperti Baharudin Haji Omar dan bakat baru, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham, yang terserlah menerusi program Raja Lawak, bakal menarik perhatian sekalipun jalan ceritanya bersahaja,” katanya.

ABM mendapat sentuhan pengarah tidak asing lagi, Zulkifli M Osman.

Selaku pengarah drama ini, Zulkifli berkata, walaupun nampak mudah, dia mengakui tugas itu amat mencabar kerana ia dramapertama diangkat daripada komik.

Menurutnya, cerita yang dipaparkan dalam drama ini adalah unik kerana ia mengetengahkan sepenuhnya latar belakang dan cara hidup masyarakat Negeri Sembilan selain menggunakan loghat negeri Adat Perpatih itu sepenuhnya.

“Bagaimanapun, saya tidak berdepan banyak masalah kerana berpengalaman rasai suasana kehidupan di Negeri Sembilan ketika kecil. Malah, kami juga mendapat sokongan padu daripada penulis komik itu sendiri bagi menjayakan sepenuhnya struktur penceritaan,” katanya.

Katanya, dia bersyukur kerana keadaan cuaca baik sepanjang mengarahkan drama itu yang kini sudah sampai ke penghujungnya.

Menurutnya, dia turut mengambil beberapa pelakon daripada Badan Kebudayaan Negeri Sembilan dan ternyata mereka tidak mengecewakan kerana lakonan mereka sangat bagus.

“Keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar boleh membawa loghat Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, bagi pelakon veteran yang popular dalam drama Anjang Aki, Baharuddin Omar, drama ABM adalah unik kerana jalan ceritanya berlatarbelakangkan cara hidup dan menggunakan sepenuhnya loghat Negeri Sembilan.

Menurutnya, isu yang ingin diketengahkan dalam drama ini ialah mengenai ikatan kekeluargaan terutama elemen kasih sayang.

“Watak saya sebagai Atok (datuk) berperanan besar sebagai seorang yang berusaha menjaga keharmonian dalam institusi keluarga.

“Saya anggap cerita ini ada kekuatannya tersendiri. Ia juga banyak memberi pengajaran lebih-lebih lagi ketika kita berhadapan dengan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh.

“Saya amat berpuas hati dengan watak yang dijayakan kerana ia simbol kepada perpaduan dalam sebuah keluarga,” katanya.

Bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Cham yang membawa watak Ujang berkata, watak yang dibawanya dalam drama itu amat mencabar.

“Saya berusaha melakonkannya menerusi tunjuk ajar dan sokongan daripada pengarah selain pelakon berpengalaman seperti Baharuddin.

“Pengarah dan kru drama ini banyak membantu dalam menghidupkan watak. Pada masa sama, saya juga membuat rujukan melalui komik dan penulis skrip.

“Dalam drama ini, Atuk dan Anor (Nur Azilah Seeron) adalah tempat Ujang meluahkan perasaan dan masalah yang dihadapi,” katanya.

Manakala, bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Nur Azilah Seeron (Zila) berkata, pembabitannya dalam drama itu adalah peluang terbaik baginya untuk mengasah bakat dalam bidang lakonan.

“Pada peringkat awal, saya gementar untuk membawa watak Anor tetapi selepas mendapat bimbingan daripada pengarah dan kru penerbitan, keyakinan itu semakin meningkat.

“Saya berusaha melakonkan watak itu dengan baik dan setakat ini berpuas hati kerana mendapat sokongan padu daripada semua terutama pengarah,” katanya.

ABM mengisahkan Ujang yang dilakonkan Along Cham berasal dari sebuah keluarga di Juasseh, Kuala Pilah.

Dia yang dipelihara datuknya, (Baharuddin Omar ) mempunyai tangungjawab berat menjaga adiknya, Aca (lakonan Rosman Mohd Roslan) yang kurang siuman.

ABM turut dibintangi Rosman Mohd Roslan (Aca), Maimunah Ahmad (Emak), Maimon Talib (Mak Lijah), Adzriq Adam (Zaini), Mohd Affiq Azman (Bujal) dan Enot (kakak).

Jan62009

Pemenang Cabutan Bertuah!

Comments Off

Berikut adalah pemenang cabutan bertuah bagi ahli Creative Club!

  1. Ariffin Abu Bakar

  2. Siti Aminah Bt Siron

  3. Suzila Bt Said

  4. Rohanie Bt Amil

  5. Salasiah Mohamat Sani

  6. Norsuziana Bt Udin

  7. Haslina Musa

  8. Syarifah Nur Fateha Tuan Ali

  9. Nor Hasmani Awang

Empat diantara pemenang diatas akan menerima novel-novel terbaru bulan November & Disember 2008. Manakala lima yang lain akan menerima novel-novel yang diterbitkan dalam tahun 2008 gak.

Pemenang bagi cabutan bertuah melalui borang kecil di belakang setiap novel CESB ialah:

  1. Junaida Ahmad@Elias
  2. Asma Ezuani Rozob

TAHNIAH DIUCAPKAN!!!!

SELAMAT MEMBACA!!!

Jan62009

Terima Kasih Land Rover! :D

Comments Off

Pameran anjuran CESB baru2 ni di R&R Tapah & Seremban diserikan lagi dengan tajaan ‘cap’ eksklusif drpd Land Rover! :D Semua promoter kami bertambah la tampan + stylo dengan adanya ‘cap’ yang selasak, setahan, & se’durable’ keretanya… Terima kasih banyak2 Land Rover M’sia! Utk dapatkan pelbagai merchandise drpd Land Rover, or even keretanya sendiri, anda bolehlah pergi ke PJ dan dapatkannya! :D

pic