Archive for February 2009

Feb252009

Terbaru Febuari 2009

Comments Off

Ilusi Sebuah Cinta - Diya elora


Cinta… hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan… perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya merantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan… Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.
Namun takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menanti untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi?
Kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya…
Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan…

Jangan Ada Benci - Ana Wenta


Di saat hati terasa akan kehilanganmu… aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu… malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yang bernama wanita.
Aku sebenarnya seorang insan yang lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku… aku seboleh mengkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati… aku yang menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dengan ikatan suci untuk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.

Feb42009

Berminat Untuk Menjadi Novelis?

Comments Off

Inilah peluang terbaik untuk anda! Inilah masanya untuk anda mencurahkan bakat! Kami menghargai usaha anda ke arah itu. Apa ditunggu lagi. Berkaryalah dengan kami. Antara ciri-ciri penulisan yang kami perlukan :

  • Islamik
  • Misteri
  • Thriller/penyiasatan
  • Jenayah
  • Kemasyarakatan

 Hantarkan segera manuskrip anda kepada kami. Andai anda menebar harum mawar, kami akan menyambutnya dengan harum kasturi.

Panduan Menulis:
Karya yang dihantar hendaklah mempunyai perkara-perkara berikut :

  1. Karya yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu dan bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami oleh pembaca dan  sesuai dengan kategori yang dipilih.
  2. Karya tidak dibenarkan mengandungi unsur-unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti yang boleh menyinggung perasaan sesuatu kaum.
  3. Panjang novel mestilah tidak kurang daripada 350 halaman.
  4. Olahan cerita berdasarkan kreativiti penulis sendiri.
  5. Manuskrip yang dihantar mestilah asli dan tidak pernah disiarkan di mana-mana media, sama ada cetak mahu pun elektronik.
  6. Penyertaan tidak terhad. Penulis boleh menghantar seberapa banyak manuskrip yang diinginkan.
  7. Setiap manuskrip yang dihantar mestilah lengkap dan terang. Pihak  penerbit berhak menolak mana-mana manuskrip yang tidak lengkap dan sukar dibaca.
  8. Manuskrip mestilah ditaip langkau dua baris, tulisan Times bersaiz 12 dan ditaip sebelah muka  kertas bersaiz  A4. 
  9. Manuskrip mestilah dihantar dalam dua salinan, iaitu hard copy dan soft  copy (CD).
  10. Manuskrip lengkap hendaklah dikirim atau dihantar sendiri ke alamat berikut :

Jabatan Buku,
Creative Enterprise Sdn. Bhd.
No 38, Jalan 1/82 B,
59000 Bangsar Utama, 
Kuala Lumpur.

*Sebarang pertanyaan sila hubungi Salona Salleh di talian 03-22824970