Category: info

Oct162008

Pencarian Artist Grafik

Comments Off

Kami sedang mencari artist grafik sepenuh masa dengan SEGERA untuk menyertai warga CESB. Inilah peluang anda untuk bersama-sama kami membangunkan industri humor tanahair melalui Gila-Gila dan (mungkin ;D )Fantasi. Kepada mereka yang berminat, hantarkan resume dan portfolio anda ke admin@cesb.net.my

  • Diploma @ Degree dalam bidang berkenaan.
  • Berpengalaman menggunakan Adobe Creative Suite 2.
  • Boleh atau mahu belajar menggunakan InDesign.
  • Boleh bekerja lebih masa.
  • Perfectionist.

Alamat laman web seperti DeviantArt atau galeri online anda bukannya portfolio. Pilih hasil kerja yang anda yakin, dan kepilkan bersama emel anda.

Kami juga sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menjaga gerai² promosi kami secara part-time.

Aug72008

Perpustakaan Terbuka

Comments Off

Kepada semua peminat-peminat produk kami, anda boleh membantu kami dengan bersama² mengisi maklumat kegemaran anda di Open Library. Cara termudah untuk mencari buku anda! Walaupun masih dalam beta, saya berkeyakinan yang servis diberikan oleh kumpulan ini boleh membantu peminat2 lain mendalami dan mencari bahan bacaan. Servis ini percuma dan berdasarkan prinsip sumber terbuka yang sangat flexible. Sesiapa pun boleh mengubah, mengguna dan menyebarkan.

p/s- K’ sangat menghormati prinsip Open Source seperti ini.

Jul172008

Serlahkan Bakat Anda!

Comments Off

Adakah anda mempunyai bakat melukis kartun? Jika anda mempunyai ’sense of humour’, berbakat dan mampu melukis dengan baik dan tiada unsur-unsur / tidak terikut dengan kartun dari Barat dan juga Jepun ( cth: manga & marvel ) - kami mahukan karya anda!

Majalah Gila-Gila ingin mencari bakat baru dengan segera dimana kami bakal memperuntukkan beberapa slot untuk kartunis baru bagi menceriakan lagi Gila-Gila. Mungkin anda tak berapa pasti sama ada anda berkebolehan atau tidak? Jangan malu atau risau, hantarkannya kepada kami dan biar kami menilainya! Mana tahu, mungkin anda orang yg kami cari!

Alamatkan penyertaan anda lengkap dengan maklumat peribadi ke:

Gila-Gila
Creative Enterprise Sdn Bhd,
38-1, Jalan Bangsar Utama 1,
Bangsar Utama,
59000 Kuala Lumpur.

Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang kemusykilan. Terima kasih!

Jul72008

Tangisan Bulan Madu di RTM2

Comments Off

Tangisan Bulan MaduIngin dimaklumkan bahawa novel “Tangisan Bulan Madu” karya Samsiah Mohd. Nor telah dijadikan drama tv di RTM2.

Dapatkan novelnya secara online sekarang! Untuk mendapatkan novel lain dalam siri ini, sila lihat di sini.

Maklumat Drama:

  • Mula disiarkan: May 20, ‘08 01:00a
  • Tamat: Aug 25, ‘08
  • Siaran: RTM 2
  • Drama TV yg diangkat dari novel popular Samsiah Mohd Noor ‘Tangisan Bulan Madu’ setiap Selasa dan Rabu jam 9.00 malam di RTM2.

Penulis Skrip:

  • Maizurah Mohd Ederis
  • Samsiah Mohd Nor

Pengarah: Jamal Khan
Penerbit: JS Foo
Terbitan Asia Media Content

Pelakon:

  • Bogatt/Razlan - Ezany
  • Amira - Rita Rudaini
  • Tn. Amir - Dato’ Jalaludin Hassan
  • Pn. Marina - Fadilah Maarof
  • Badariah - Liza Othman
  • Idayu - Zarynn Minn
  • Cindy - Eira Syazira
  • Mak Bedah - Arifah Damanhuri
  • Pak Samad - Rashid Jaafar
  • Umairah - Nordiana Dargasi
  • Dr. Bada - Norman Hakim
  • Wahid - Hafizzuddin
  • Hakim - Mahmud Ali Basha