Category: Laman Web

Aug72008

Perpustakaan Terbuka

Comments Off

Kepada semua peminat-peminat produk kami, anda boleh membantu kami dengan bersama² mengisi maklumat kegemaran anda di Open Library. Cara termudah untuk mencari buku anda! Walaupun masih dalam beta, saya berkeyakinan yang servis diberikan oleh kumpulan ini boleh membantu peminat2 lain mendalami dan mencari bahan bacaan. Servis ini percuma dan berdasarkan prinsip sumber terbuka yang sangat flexible. Sesiapa pun boleh mengubah, mengguna dan menyebarkan.

p/s- K’ sangat menghormati prinsip Open Source seperti ini.

Aug52008

Jiwa Tempatan!

Comments Off

Meminati Gila-Gila? Mahu mendalami sejarah 30 tahun kami dan bagaimana kami membesar seiring dengan kemajuan seni lukis negara? Terdapat banyak hasil tulisan rakan2 kita diluar sana yang sentiasa mengekori jejak langkah kami. Terima kasih diucapkan dan kepada peminat lain, jangan lupa untuk mengunjungi laman mereka untuk mendapatkan pendapat pihak ketiga. Dan jika anda terjumpa blog lain yang layak dikongsi di sini, hubungi kami dan kami berbesar hati untuk berkongsi.

Dari laman ini:

GILA-GILA merupakan satu-satunya majalah kartun yang masih utuh dengan kartun gaya kemelayuan/ keMalaysiaan berbanding majalah kartun lain yang kebanyakkannya sudah taksub dengan gaya asing.

Layari http://jiwatempatan.blogspot.com/

Komen K’: Disebalik segala teknologi, bahan bacaan asing, internet dan media asing, bukankah kita masih makan meggunakan tangan kanan? Bukankan kita masih bersantai di rumah memakai kain pelikat? Bukankah kita masih mencari teh tarik sedangkan Latte’ dan Ice Blended Coffee Bersepah di sana sini?

ps- k tgh mengumpul gambar2 untuk diberikan sebagai ‘Kit Penulis Blog’.

Jul232008

Kami Menerima Segalanya!

Comments Off

Kini Kami Menerima Semuanya!

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa laman belian online kami kini menerima lebih dari Maybank2u!!! Bukan itu sahaja, kami juga menerima pembayaran klasik, seperti kiriman wang pos, cek, bank in dan lain2. Jadi apa lagi yang anda tunggu? Lengkapkan koleksi novel @ kartun anda sekarang!

Bayaran yang kami terima:

  • Bank In, Cek Atau Kiriman Wang Pos
  • Maybank2u.com
  • CIMB Click
  • PosPay
  • Mobile Money
  • FPX
  • Hong Leong Bank Transfer
  • RHB Bank(online)
  • Alliance Online Transfer
  • Credit Card(Visa & Mastercard)
  • AMBank
  • Webcash

Terima kasih kepada ipay88

Jul72008

Langkah Membeli Online

Comments Off

Berikut adalah langkah2 untuk membeli produk kami secara online.

  1. “Add Cart” untuk memilih produk dan “show cart” untuk meneruskan pembelian.
  2. Page ini adalah untuk menyemak senarai produk, buang @ tambahkan jumlah barang.
  3. Anda akan dibawa ke page ini, jika pernah mendaftar, anda tidak perlu memasukkan maklumat ini.
  4. Pilih alamat penghantaran, anda boleh memiliki lebih dari 1 alamat, (cth: alamat rakan anda untuk dijadikan hadiah)
  5. Pilih jenis pos, (khidmat courier akan ditambah pada masa akan datang)
  6. Pilih jenis pembayaran. (lebih banyak pilihan akan ditambah.

Lihat gambar dibawah mengikut nombor

Jul12008

Dapatkan Diskaun Creative Club Di Laman Web

Comments Off

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa diskaun 20% bagi ahli Creative Club sudah mula diterima di laman belian online kami. Diskaun 20% adalah di atas semua produk, yang tidak mempunyai diskaun @ promosi lain. Kepada ahli Creative Club, ikutilah langkah2 di bawah untuk mendapatkan diskaun ini. Kepada yang masih belum menjadi ahli, tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang!! Pendaftaran mengambil masa sepantas 24jam. Aktifkan diskaun anda segera!!

Cara2 Mengaktifkan Akaun:

  1. Daftar ke laman web belian kami. (dan catatkan username anda)
  2. (PENTING)Login dan Isikan alamat anda di Account Management, di bahagian ‘Account Information‘.
  3. Periksa kad ahli anda, dapatkan nombor ahli (cth: cc00123) dan nombor I/C anda
  4. Klik sini dan isikan borang mudah yang disediakan.
  5. Selesai, nikmati diskaun hebat anda serta merta.

Sebarang masalah sila rujuk kami di:

03-2282 4970 (minta disambungkan ke K’ atau Shiela) atau klik sini