Category: Produk

Aug212008

Terbaru Ogos 2008

Comments Off

Cinta Pertama - Haslinda Ismail

NISHA… dalam dilema kerana dianak tirikan oleh ibunya sendiri tanpa sekelumit kasih sayang. Melarikan diri adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan diri pada ibunya. Dalam kegetiran dia belajar sebagai pelajar jarak jauh dan juga bekerja keras demi mencari wang untuk perbelanjaan dirinya, dia terpaksa berhadapan dengan peristiwa yang tidak pernah disangka-sangka. Dia terpaksa berkahwin dengan       lelaki yang bukan pilihan hatinya kerana salah faham. Walaupun perkahwinannya tanpa dirancang tetapi dengan kehadiran lelaki yang bernama sang suami membuatkan dirinya bahagia kerana itulah cinta pertamanya.
Dalam membina kebahagiaan rumah tangganya dia berhadapan pula dengan  bekas isteri suaminya, kerana salah faham dia juga telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya tanpa mengetahui bahawa dia sedang mengandung dan juga menghidap kanser rahim. Demi kasih sayang pada suaminya Irwan, Nisha juga merahsiakan penyakitnya dan ingin melahirkan anaknya walaupun dia tahu dirinya kini dalam bahaya. Adakah Nisha dapat mengembalikan cinta suaminya? Mampukah Irwan menghadapi saat-saat isterinya yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya?

RM 23.90 [Dapatkan Sekarang]

Jauh Di Sudut Hati - Norhazriana Abdullah

CINTA Najiha pada Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan namun kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha.
Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagi yang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit antara keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidupan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?

RM 27.90 [Dapatkan Sekarang]

Jul302008

Terbaru Julai 2008

Comments Off

Cahaya Di Hujung Nyawa - Maizura Mohd Ederis

TIARA hanya ingin disayangi dan meraih cinta daripada lelaki yang mahukannya, bukan harta ibu bapanya dan Hud adalah lelaki yang tepat. Namun, perjuangan Tiara bersama Hud untuk hidup bersama tidak semudah yang disangka kerana ada banyak ranjau berduri yang mereka perlu tempuhi.

Berbekalkan hati yang cekal, kedua-duanya nekad menempuh gerbang perkahwinan tanpa restu orang tua. Tanpa disangka, tiba-tiba jarak menjadi pemisah dan Tiara jauh terasing di bumi Inggeris manakala Hud gigih berjuang untuk mendapatkan hak di sisi Tiara. Cinta, seakan tiada kesampaian namun berkat doa dan reda terhadap apa yang berlaku, Hud sanggup menggadai nyawa demi Tiara yang tiada dua… benar madah pujangga, lautan luas sanggup direnangi dan Hudlah lelaki itu, terapung di belantara cinta yang tiada penghujung…

RM 22.90 [Dapatkan Sekarang]

Setulus Cinta - Siti Farrah Shahwir

Perhubungan yang istimewa terjalin antara Ain dan Zam, jiran yang dikenali sejak kecil. Zam dianggap sebagai seorang abang dan sahabat baik bagi Ain. Kekecewaan dalam percintaan membuatkan Zam akhirnya jatuh hati kepada Ain. Hadirnya Hadi terlebih dahulu dalam hidup Ain memberi satu halangan kepada Zam. Azim, kawan sekuliah yang popular turut menaruh hati terhadap Ain.

Masalah yang menimpa pada Hadi menyebabkan Ain berkorban dengan mengahwininya. Namun,  hatinya dikecewakan dengan cinta Hadi yang tidak tulus. Ain diceraikan dan dikahwinkan dengan Zam yang direstui oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Adakah akan ada bahagia meniti dalam hidup Ain? Adakah Zam tulus mencintainya?

RM 19.90 [Dapatkan Sekarang]

Jul302008

Gila-Gila 690 Di Pasaran

Comments Off

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Dapatkan sekarang di kedai buku dan majalah berhampiran. Nak lebih senang lagi? Langgan secara terus dengan kami dan dapatkan diskaun 30%!!.

Jul12008

Dapatkan Diskaun Creative Club Di Laman Web

Comments Off

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa diskaun 20% bagi ahli Creative Club sudah mula diterima di laman belian online kami. Diskaun 20% adalah di atas semua produk, yang tidak mempunyai diskaun @ promosi lain. Kepada ahli Creative Club, ikutilah langkah2 di bawah untuk mendapatkan diskaun ini. Kepada yang masih belum menjadi ahli, tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang!! Pendaftaran mengambil masa sepantas 24jam. Aktifkan diskaun anda segera!!

Cara2 Mengaktifkan Akaun:

  1. Daftar ke laman web belian kami. (dan catatkan username anda)
  2. (PENTING)Login dan Isikan alamat anda di Account Management, di bahagian ‘Account Information‘.
  3. Periksa kad ahli anda, dapatkan nombor ahli (cth: cc00123) dan nombor I/C anda
  4. Klik sini dan isikan borang mudah yang disediakan.
  5. Selesai, nikmati diskaun hebat anda serta merta.

Sebarang masalah sila rujuk kami di:

03-2282 4970 (minta disambungkan ke K’ atau Shiela) atau klik sini

Jun172008

Novel Jun 2008

Comments Off

Kasih Antara Kita - Norisah A. Bakar

Kasih Antara Kita
     Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun, cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakan daya, hembusan angin yang lembut tidak dapat menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yang telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dengan pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.
     Ahmad Zakuan lelaki yang kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya, pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yang menjadi dambaannya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan cinta antara mereka yang mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin. Doakanlah penyatuan mereka itu.

RM 26.90 [Dapatkan Sekarang]

Kugapai Kasihmu - Hendan Yahya

Kugapai Kasihmu
KUGAPAI KASIHMU… menginsafi kita bahawa bukan mudah seseorang itu mendapatkan sebuah cinta dan nilai kasih sayang yang tulus ikhlas. Watak-watak setia dan jujur misalnya, sering menjadi mangsa kepada mereka yang durjana, rakus dan tamak. Kerana itu, dalam hal memilih jodoh atau pasangan hidup, masih ada watak Melayu yang kaya-raya tetapi jujur dan sabar dalam mencari intan dan permata bernilai. Zarif, pemuda beriman ini, tidak mempergunakan kedudukannya untuk dijadikan umpan memikat gadis jelita yang digilainya sekian lama.
Hal inilah yang terjadi pada watak utama novel ini, Nurin guru sekolah rendah berasal dari kampung yang mendapat jodoh dengan anak hartawan bergelar Tan Sri, iaitu Zarif, walaupun bukan kekayaan menjadi impiannya. Hubungan Nurin sekian lama dengan Luqman pemuda sekampungnya yang menjadi siswa perubatan di Kuala Lumpur tidak membawa kebaikan kepadanya. Justeru kehidupan Luqman yang bebas dan terbabas itu akhirnya mendapat jodoh daripada kalangan gadis kurang moral juga, bernama Mastura walaupun cinta sebenar Luqman tertumpah pada Nurin.

A Rahim Abdullah- Penyair, Pengkritik dan Pensyarah Penulisan Kreatif, ASWARA. 

RM 18.90 [Dapatkan Sekarang]