Category: Uncategorized

Sep232008

Terbaru September 08

Comments Off

Rindu-Rinduan - Azira Ahmad

Kusut, itulah yang dirasai Nur Addriana tatkala menerima khabar duka daripada abahnya. Antara keluarga dan cinta Zaqrul yang menyakitkan, dia nekad kembali ke Malaysia demi tanggungjawab yang terabai.

Pertemuan tidak sengaja dengan Aman Hanafi, membawa cinta baru dalam hidup Nur Addriana. Melenyapkan duka yang bertahun terpendam menjadi barah. Walau Zaqrul masih menyayanginya, masih leka dibuai cinta lama dan masih membiarkan memori silam basah dalam kenangan namun Nur Addriana nekad melupakannya. Walau sejarah silam terpalit noda, walau maruah diri telah lerai tergadai, Nur Addriana nekad beralih kasih, beralih sayang. Kisah silam… biar saja Tuhan yang tentukan keampunan-Nya…

ISBN978-983-893-892-1
RM23.90 [Dapatkan Sekarang]

Kau Yang Aku Sayang - Liza Nur

Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirkah sejarah kita yang bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji-janji lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?
Dan andainya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkau telah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu…

ISBN978-983-893-891-4
RM19.90 [Dapatkan Sekarang]

Sep162008

Sumbangan Senyuman daripada CESB!

Comments Off

Pihak CESB hari ini telah menyumbang sebanyak 1400 buah Koleksi Gila-Gila kami kepada PERDASAMA (Persatuan Pedagang & Pengusaha Melayu Malaysia), yang bakal menganjurkan ‘Majlis Berbuka Puasa Tahunan Anak-Anak Yatim’ mereka esok - Rabu, 17 sept 2008.

Antara rumah anak yatim yang bakal hadir termasuklah :-

- Rumah Nur Hikmah Kajang

-Rumah Nur Iman Penyayang Gombak

-Rumah Darul Izzah Bangi

-Pondok Penyayang Ar-Raudah Gombak

-Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong

-Rumah Anak Yatim Rekta

Walaupun kami tak berapa mampu untuk menyumbang dalam bentuk wang ringgit, :cry: namun diharap dengan sumbangan ’seciput’ kami , yang lebih kurang saiz tahi lalat ni dapat mengukir senyuman dan gelak tawa di wajah 350 orang anak2 yatim tersebut…. amin.. :-D

SELAMAT BERSAHUR, BERPUASA DAN BERBUKA BUAT SEMUA!

Aug52008

Join warga CESB? (part time promoter)

Comments Off

Kami mencari anda yang berminat untuk menjadi part time promoter kami!

Seperti yg anda sedia maklum, kami menganjurkan pameran-pameran buku di serata Malaysia.. dan semestinya kami memerlukan ramai promoter. jadi tak kira anda menetap di mana.. asalkan lokasi pameran tersebut berhampiran dengan kediaman anda, anda berpotensi untuk menjadi salah seorang promoter kami! Read More

Jun302008

Langgan Gila-Gila Dan Jimat Sehingga 45%

Comments Off
Bukan Ahli / Ahli Yang Telah Tamat Tempoh
Kawasan Harga Asal Selepas Diskaun Postage Jumlah
12 Keluaran 30% Malaysia RM66.00 RM46.20 RM12.00 RM58.20
Singapore/Brunei RM66.00 RM46.20 RM78.00 RM124.20
24 Keluaran 30% Malaysia RM132.00 RM92.40 RM24.00 RM116.40
Singapore/Brunei RM132.00 RM92.40 RM156.00 RM248.40
Ahli Creative Club
Kawasan Harga Asal Selepas Diskaun Postage Jumlah
12 Keluaran 40% Malaysia RM66.00 RM39.60 RM12.00 RM51.60
Singapore/Brunei RM66.00 RM39.60 RM78.00 RM117.60
24 Keluaran 45% Malaysia RM132.00 RM72.60 RM24.00 RM96.60
Singapore/Brunei RM132.00 RM72.60 RM156.00 RM228.60

Jadi apa yang anda tunggu lagi, langganlah sekarang dan dapatkan diskaun2 hebat diatas. Klik di sini untuk langganan online atau isikan borang di dalam majalah Gila-Gila isu 689

Jun302008

Gila-Gila 689 Di Pasaran

Comments Off

Dapatkan sekarang di kedai-kedai buku, kedai mamak, 7-Eleven berhampiran anda sekarang! Atau langgan dengan kami sekarang dan dapatkan diskaun sehingga 45%(Untuk langganan Creative Club selama 24 isu).

  • Karya Kulit: Jaafar Taib
  • Grafik Kulit: K’
  • Antara Yang menarik: Komanna episod ke 9 dan poster super tempel Gila-Gila!