Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kembali lagi! Kali ini, kami akan membawakan beberapa kejutan dan pembaharuan yang akan menggegarkan PWTC, dan seluruh negara!
Maklumat Acara:
- Tarikh: 17 - 26 April 2009
- Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
- Masa: 10am - 7pm
- Dewan: Dewan Tun Razak 3 (tingkat 1)
- Lot: Lot 3095-3097, 3124-3126
Apa yang menarik:
- Karikatur oleh kartunis Gila-Gila!
- Diskaun hebat mencecah 60%
- Beramah mesra dengan warga CESB.
- Pelancaran produk2 baru kami.
- Pelancaran buku terbaru oleh Jaafar Taib, yang pasti akan menggegarkan negara!
- Sesuatu yang baru oleh Ujang dan Aku Budak Minangnya.
- Pengumuman beberapa projek baru oleh team animasi kami.
- Pengumuman projek super rahsia team multimedia kami.
- Ini dan banyak lagi!
Pada tahun ini, kami telah melalukan banyak perubahan, bagi mengeluarkan produk-produk yang lebih baik dan bermutu. Juga kami semakin mengganas di arena animasi dan multimedia! Di mana lagi anda mahu membongkar segala rahsia kejayaan kami, selama 30 tahun di dalam bidang ini? Temui kami, berikan pendapat anda, saksikan bagaimana kami mengorak langkah seterusnya! Mencipta lebih banyak sejarah, untuk membawa seni penulisan, seni visual, pada tahap yang seterusnya.
Datang beramai-ramai, ajaklah kawan-kawan dan seisi keluarga, kerana pengalaman ini, pasti akan akan mengubah hidup anda!
p/s: saya akan upload senarai produk, diskaun, dan peta, supaya mudah untuk dicetak, setelah semuanya siap nanti. Jumpa di pesta nanti ya? - K




