Apr142009

Jadual Penulis Di Pesta Buku Antarabangsa 2009

Tarikh 10 Pagi - 4 Petang 4 Petang - 9 Malam
17 April
18 April Ahadiat Akashah

Najwa Aiman

Ujang

Imuda

Ahadiat Akashah

Najwa Aiman

Ujang

Imuda

19 April Ahadiat Akashah

Najwa Aiman

Ujang

Imuda

Ahadiat Akashah

Najwa Aiman

Ujang

Imuda

Tarikh 10 Pagi - 3 Petang 3 Petang - 9 Malam
20 April Aidie Suradi Ana Wenta
21 April Ana Wenta Ana Wenta
22 April Haslina Ismail Haslina Ismail
23 April Siti Hazneza Siti Hazneza
Tarikh 10 Pagi - 4 Petang 4 Petang - 9 Malam
24 April Aidie Suradi Diya Elora

Aidie Suradi

25 April Ahadiat Akashah

Ujang

Imuda

Ahadiat Akashah

Diya Elora

Ujang

Imuda

26 April Rosliza Razali

Ujang

Imuda

Rosliza Razali

Ujang

Imuda

Lain2 Kartunis, Novelis, Artis yang akan menemani anda:

  • Jaafar Taib
  • Ramzahurin
  • Nud’s
  • One

*Jadual ini boleh dipinda pada bila-bila masa.

Mar312009

Promoter diperlukan sempena Pesta Buku Antarabangsa ‘09!

Pihak CESB memerlukan lebih kurang 10 org promoter sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2009.

Tarikh : 17 - 26 April 2009 (+16Apr untuk loading stok)

Masa : 9pg - 9mlm

Rehat : 2 jam (dibahagikan kpd 3 kali)

Umur : Lingkungan 18 - 25 thn (lelaki mahupun wanita)

  • Makanan, penginapan, pengangkutan tidak disediakan.
  • Training/briefing akan diberikan sebelum pameran.
  • Kami boleh mempertimbangkan mereka yg tidak dapat turut serta sepanjang 10hari pameran tersebut.
  • Keutamaan akan diberikan kpd peminat novel CESB dan ahli Creative Club yg mempunyai product knowledge yg mendalam mengenai novel-novel terbitan CESB

Jika anda berminat, sila emelkan gambar serta butiran peribadi anda secepat

mungkin ke admin@cesb.net.my

-sharing is caring, so let’s spread the words!-

Mar252009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kembali lagi! Kali ini, kami akan membawakan beberapa kejutan dan pembaharuan yang akan menggegarkan PWTC, dan seluruh negara!

Peta Klibf

Maklumat Acara:

  • Tarikh: 17 - 26 April 2009
  • Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
  • Masa: 10am - 7pm
  • Dewan: Dewan Tun Razak 3 (tingkat 1)
  • Lot: Lot 3095-3097, 3124-3126

Apa yang menarik:

  • Karikatur oleh kartunis Gila-Gila!
  • Diskaun hebat mencecah 60%
  • Beramah mesra dengan warga CESB.
  • Pelancaran produk2 baru kami.
  • Pelancaran buku terbaru oleh Jaafar Taib, yang pasti akan menggegarkan negara!
  • Sesuatu yang baru oleh  Ujang dan Aku Budak Minangnya.
  • Pengumuman beberapa projek baru oleh team animasi kami.
  • Pengumuman projek super rahsia team multimedia kami.
  • Ini dan banyak lagi!

Pada tahun ini, kami telah melalukan banyak perubahan, bagi mengeluarkan produk-produk yang lebih baik dan bermutu. Juga kami semakin mengganas di arena animasi dan multimedia! Di mana lagi anda mahu membongkar segala rahsia kejayaan kami, selama 30 tahun di dalam bidang ini? Temui kami, berikan pendapat anda, saksikan bagaimana kami mengorak langkah seterusnya! Mencipta lebih banyak sejarah, untuk membawa seni penulisan, seni visual, pada tahap yang seterusnya.

Datang beramai-ramai, ajaklah kawan-kawan dan seisi keluarga, kerana pengalaman ini, pasti akan akan mengubah hidup anda!

p/s: saya akan upload senarai produk, diskaun, dan peta, supaya mudah untuk dicetak, setelah semuanya siap nanti. Jumpa di pesta nanti ya? - K

[Komen dan cadangan di forum] [Jadual Novelis]

Mar242009

Terbaru Mac 2009

Mendung Semalam - Irene Mojuru


Rasa itu, masih menghantui, membelenggu dan merantai seluruh kebahagiaannya. Dendam itu, sesuatu yang amat menyakitkan. Makin disimpan, makin membusung dan bernanah jadinya. Bak gunung berapi yang akan memuntahkan laharnya dan membinasakan seluruh alam.
Lalu, perlukah rasa kasih dan sayang dianugerahkan untuknya? Sedangkan dialah pemusnah, penghancur dan peragut seluruh kebahagiaan ini. Persis haruan yang makan anak, dialah manusia sial yang bertopengkan binatang. Sehingga tergamak menjadikan anak sendiri santapan, demi memuaskan nafsu kebinatangan. Dan, haruskah manusia yang bergelar ayah ini terus dibiarkan bernafas dengan selesa, tenang… sedang hati-hati yang memandang, terus sakit dan menderita.
Lizam, Tonny dan Laila… terus diburu trauma di dalam menanti sinar bahagia. Lalu, kehadiran Tina bagai sebuah mimpi yang baru bermula, membawa bersamanya episod bahagia. Meninggalkan duka lara, bersama harapan, moga tiada lagi mendung semalam mengekori kisah silam.

Bintang Hati - Azilawati Mat Angsar


Lebih sedekad Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Segalanya hanya kerana rasa kasih dan sayang pada sang arjuna hati yang tidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yang menerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna. Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawa Nurul Iman ke alam cinta.

Lalu, Ilhan hadir mencuri ruang-ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang, diam-diam Ilhan anyam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan. Namun dalam diam-diam juga… Nurul Iman menolak kasih Ilhan. Cinta Nurul Iman hanya pada lelaki itu. Lelaki yang tidak jadi dikahwininya dahulu.

Kemunculan Harith yang tiba-tiba itu, benar-benar menguji kesetiaan Nurul Iman. Bintang di hatinya bersinar kembali. Namun, kehadiran Laura bagai membawa kasihnya pergi. Inikah dendam yang bertahun tersimpan di hati lelaki itu? Dan inikah masanya untuk Harith melihat dirinya sengsara? Sedang Nurul Iman tidak pernah sedar, hanya dia yang Harith cinta buat selamanya…

Mar62009

MPH WAREHOUSE SALE!

mph

CESB buat julung-julung kalinya akan menyertai MPH Warehouse Sale 2009!

Tarikh : 14 Mac - 22 Mac 2009

Tempat : Mayang Plaza, No1 Jln SS26/2, Taman Mayang Jaya, 47301 PJ, Selangor

Masa : 9.30am - 7.00pm

Mungkin anda tertanya-tanya apa yang ’spesel’ sangat pasal pameran CESB

di warehouse sale nih? Jawapannya -

  • Diskaun yang dahsyat! (produk kami serendah RM1.00!)
  • Pilihan yang tersangatlah banyak (novel seawal tahun 1990-an hingga Mac 2009!)
  • Tajuk-tajuk yang sangat ‘rare’ dan susah didapati (cth : karya A.Samad Ismail, Malungun, Pak Sako)
  • Disusun diatas meja dalam bentuk memanjang, bersama penerbit2 lain (jadi anda tak pening lalat keluar masuk drpd 1 booth ke booth penerbit yang lain)
  • Terdapat banyak jenis bahan bacaan daripada penerbit lain juga (bahan bacaan ilmiah, agama etc),
  • Dan macam-macam lagi!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memperkasakan lagi minda anda! Rugi besar sekiranya anda tak memborong buku, koleksi mahupun novel-novel terbitan CESB di MPH Warehouse Sale !