Novel Creative

Susunan Cari

MENTAFSIR ELEGI-50% 50%

MENTAFSIR ELEGI-50%

Aku sering impikan zaman kanak-kanak yang telah bertahun berlalu; usik mengusik, berkongsi hobi dan cerita, menjadikan aku ada kalanya begitu manja padanya. Lalu kami penuhi harapan dan impian silam, menyemai benih-benih kasih dengan harapan dan impian silam jua. Aku masih menyayanginya walau antara kami telah melalui pelbagai kenangan pahit. Dia tetap seorang suami yang kuletakkan tempatnya di puncak harapan. Lalu harus bagaimana lagi aku menjadi isteri yang baik, kalau tidak yang terbaik sekalipun!
MILIKMU YANG ABADI-50% 50%

MILIKMU YANG ABADI-50%

Bisakah kau mengerti dan Fahami andai hubungan ini bertukar rentak suatu hari nanti? Tatkala itu kita sama-sama meluahkan rasa yang berkurun lama terpendam… Melati keliru, Haikal juga begitu. Dalam diam, mereka membiarkan rasa itu pergi bersama aingin nan lalu. Malah kehadiran Ayuni Marissa hanyalah penyebab…. Sekuat mana mereka berlari dan cuba menantikannya, semakin kuar rasa yang merajai dihati. Perlukah mereka berdusta tentang rasa cinta dihati? Namun sampai bila? Mampukah mereka membiarkan kepura-puraan dan keegoan menyaingi rasa. Melati diulit bahagia tatkala Haikal menyunting dirinya sebagai suri di hati. Namun andai cinta perlukan pengorbanan, dia pasrah….
MIMPI KITA SERUPA-50% 50%

MIMPI KITA SERUPA-50%

Tanpa sedar... kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan. Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. Namun ada jangkauan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mancintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. Mereka sudah cukup dewasa.... Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata.... bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya,. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz, biarpun kini mereka sekeluarga. Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada siapa yang menjangka... tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata...
MUTIARA KASIH 50%

MUTIARA KASIH

Adakalanya kesetian itu terlalu menyakitkan. Penantian itu amat menyeksakan. Setelah sekian lama bertemu muka, bertukar cerita, menyulam suka, rupa-rupanya yang dinanti hanyalah di depan mata! Namun kepedihan yang bertahun diharung demi menggapai unggulnya cinta bersalut duka… memerlukan pengorbanan yang mengalirkan luka di dada. Mencambahkan rindu yang bukan sedikit, menyemai sayang yang kian membukit. Selagi cinta dan setia tetap membara, segalaya rela ditempuh bersama demi mencanai impian bahagia.
MY BABY GIRL 50%

MY BABY GIRL

“Okey la aku blah dulu. Yang ni pun untuk kau juga…” Ice meletakkan satu bungkusan piza bersama-sama sebotol air berkarbonat. Tanpa menunggu Honey berdrama lagi dia terus menghilang. Leo tersenyum tipis, merenung Ice dalam diam sehingga menghilang dari pandangan matanya. “Pssst nyah! Kau kena beli motor baru…” bisik Lavender. “Apa hal?” “Beli motor yang ada tiga seat tu. Ala… macam motor orang jual sayur atau bayam. Macam motor orang cacat tu…” “Baik kau diam kalau tak mahu aku belasah! Huh!”