Zaharah Muhammad

Susunan Penulis Lain

HATIKU MILIK MU 50%

HATIKU MILIK MU

Isteriku, maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini… Aku dapat rasakan engakau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripadaku… mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah… kini enkau tidak mampu untuk lari lagi kecuali Allah memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan biarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan padaku…dan kini adalah masa untuk aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah… kerana aku memberikan apa yang kuada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu. Isteriku…
MAAFKANLAH AKU-50% 50%

MAAFKANLAH AKU-50%

Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini…Kerap kali jua aliran rindu yang membasahkan lenanya. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut dipelupuk mata, akhirnya satu, satu, gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu… berkejar di atas batas sawah sambil menangkap belalang padang, mengumpulkannya untuk menjadi juara lalu melepaskannya semula? Bilakah lagi kita dapat bersama bermain hujan pada lewat petang sambil menunggu ayah ibu pulang? Dan kini kemboja telah berguguran bunganya… pertemuan telah tiada lagi makna… namun kasih syang yang tinggal umpama baja yang menghidupkan satu nyawa.
MENCARI KEKASIH-50% 50%

MENCARI KEKASIH-50%

Emak... ayah... dan keluarga yang kucintai.... bukan salah kalian bila aku jadi yang terbuang antara yang belum hilang. Biarpun jasadku hancur, doa yang pernah ku utus ke dada langit, mudah-mudahan ia akan terus berlegar di muka bumi, moga kita akan bersatu di jannah yang abadi. Ahmad Naim, Inilah kasih sayang yang ku tulis bersama cinta dan luka. Yang tak dapat kuluah dengan kata-kata, tak dapat ku ucap dengan bibir, yang tak dapat kubuktikan dengan apa-apa selain daripada sedalam cinta yang kurasa. Apabila dendam senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya... aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur di luar jendela, terbenam ke dasar bumi... biarpun telah kuserah semua rasa tanda cinta. Sebuah cinta yang tak kesampaian di dunia, berguguran kelopaknya jatuh ke gigi air. Lalu hanyut bersama buih-buih dan tenggelam ke laut dalam. Mencipta sebuah lagi episod cinta di antara berjuta cinta manusia yang kara! Ahmad Naim, Akan kuusung jenazah cinta untuk berangkat dari pelabuhan senja, melewati batasan akhir garis wajahmu yang menyilang di pelupuk mataku! Hingga tiba masa terakhirku... pun hatiku tetap juga ingin menantimu. Menanti rahnat Tuhan untuk hidup bersamamu..