![]() View Full-Size Image |
Jauh Di Sudut Hati - Norhazriana Abdullah |
|
|
Price:
RM27.90
|
||
| Ask a question about this product | ||
CINTA Najiha pada Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan namun kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha. Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagi yang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit antara keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidupan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha? |
||